Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Saturday 5 January 2013

RENUNGAN BERSAMA



Kalau Guru ….
Kalau guru malas membaca, ilmu diajar tidak tentu punca.
Kalau guru tidak bersedia, dalam kelas banyak bercerita.
Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk.
Kalau guru sentiasa marah,murid keluar tak tentu arah.
Kalau guru tak sukakan pelajar,tidak berkat ilmu yang diajar.
Kalau guru tidak galak mencuba,murid sekadar asyik menerima.
Kalau guru suka berdamping, semua murid dapat dibimbing.
Kalau guru menunggu arah, semua kerja kena kerah.
Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak liar.
Kalau guru kurang merancang, dalam keras banyak temberang.
Kalau guru banyak tak tahu, bimbinglah dia agar berilmu.
Kalau guru ada kepandaian, bantulah dia dengan kemudahan.
Apa guna menjadi guru, kalau fikiran masih bercelaru.
Apa guna menjadi pelajar, kalau masih berkurang ajar.
Jadilah insan yang seimbang yang sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment