Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Saturday 8 December 2012

KAD IMBASAN BAGI NOMBOR 21 - 50

Contoh kad imbasan yang boleh digunakan bagi pembelajaran nombor bulat hingga 50.

































BAHAN P&P MATEMATIK KSSR TAHUN 3

Di sini, saya kongsikan bersama bahan-bahan P&P bagi pembelajaran Matematik KSSR Tahun 3. Bahan-bahan tersebut diambil daripada hasil kursus KSSR Matematik Tahun 3 bagi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Nombor Bulat Hingga 50




Operasi Tambah



Operasi Tolak





Wang Hingga RM50


Masa dan Waktu



Friday 7 December 2012

SEKILAS PANDANG MENGENAI KSSR MATEMATIK TAHUN 3

KSSR Tahun 3 bagi Komponen Matematik Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) merangkumi kemahiran:
  • mengetahui dan memahami konsep nombor
  • menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak
  • mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling
  • menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan pelbagai pendekatan amatlah disarankan kepada guru bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya ialah:
  • inkuiri
  • analisis tugasan
  • belajar melalui bermain
  • pengajaran berttema
  • pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
  • kontrustivisme
  • multi sensori
  • pembelajaran kontekstual
  • pembelajaran koperatif
  • pembelajaran interaktif
  • simulasi
  • pembelajaran masteri
  • pembelajaran pengalamian (experiential learning)
 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
RPI ialah suatu program berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. RPI memperincikan antara lain:
  • tahap prestasi sedia ada murid
  • perancangan akademik dan bukan akademik
  • matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
  • objektif pendidikan yang boleh diukur
  • objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
  • perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
  • perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid
  • perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka
 Pentaksiran
 

1.  Pemerhatian
  • kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni.
  • pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak
2. Ujian secara lisan
  • ujian dalam bentuk kuiz boleh dijalankan. 
  • Persembahan secra lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari
3. Lembaran Kerja
  • ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif dan subjektif.
4. senarai Semak
  • Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.

Thursday 6 December 2012

BAHAN P&P BAGI NOMBOR BULAT DALAM LINGKUNGAN 50

Hai...salam semua....
Di sini saya kongsikan bersama bahan-bahan interaktif menggunakan tayangan slaid powerpoint yang telah direka oleh saya sendiri. Bahan-bahan tersebut meruipakan salah satu topik pembelajaran Matematik KSSR tahun 3. Di harap dengan bahan tersebut dapat menambah dan digunakan untuk sesi P&P anda di sekolah....
Bahan tersebut telah saya muat turun di laman sesawang slideshare. Sila klik link di bawah...kalau ada komen dan penambahbaikan, sila komen di ruangan komen k...

Mengenal Nombor dalam Lingkungan 21 - 50

http://www.slideshare.net/hasmie_chie/mengenal-nombor-21-50

Menamakan dan membilang nombor 21 - 50

http://www.slideshare.net/hasmie_chie/menamakan-dan-membilang-nombor-21-50

Membilang nombor 21 - 50 secara tertib menaik dan menurun

http://www.slideshare.net/hasmie_chie/membilang-nombor-mengikut-tertib-menaik-dan-menurun


Thursday 29 November 2012

MATEMATIK KSSR TAHUN 3 : Nombor Bulat Dalam Lingkungan 50



 Cadangan aktiviti

Standard Kandungan                         : 1.2     Membilang nombor dalam lingkungan 21 - 50
Standard Pembelajaran                     : 1.2.3  Melengkapkan urutan nombor secara tertib menaik
Tunjang yang disepadukan               : Komunikasi,
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif                                              : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat     
                                                            melengkapkan urutan nombor secara tertib menaik dalam lingkungan  
                                                            21 -  30.               
Nilai                                                    : Keberanian, bekerjasama dan toleransi.

 Set Induksi
1.    1. Murid mendengar dan menyanyikan lagu kanak-kanak ‘Mari Mengira’ dengan menggunakan komputer riba.


Uploaded by on Jul 12, 2010
Children's Songs and Nursery Rhymes from Around ... include sound clips and sheet music.

 2.  2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lagu tersebut.
Cadangan soalan :
Apakah nombor selepas nombor 5?
Apakah nombor sebelum nombor 8?

 Langkah 1
1.    1. Murid membilang nombor secara tertib menaik 21 hingga 30 pada carta nombor.
2.    2. Murid menjawab soalan guru berkaitan nombor tertib menaik 21 hingga 30
   Cadangan soalan:
a.    Apakah nombor selepas nombor 21?
b.    Apakah nombor selepas nombor 25?

Langkah 2
1.    1. Murid melengkapkan urutan nombor di papan putih secara bergilir-gilir.
2. Murid menyebut semula tertib nombor menaik yang lengkap

Langkah 3
1.    1. Murid diberi lembaran kerja. 
     2. Murid menulis urutan nombor  pada lembaran kerja.
      
     Penutup (kreativiti dan inovatif)
     1. Setiap murid diberi sekeping kad nombor.

      2. Murid bergerak mencari kedudukan yang betul mengikut urutan nombor menaik (rujuk catatan *)
      3. Aktiviti diteruskan sehingga semua murid bergabung seperti sebuah kereta api mengikut urutan nombor 
          menaik. 
      4. Kereta  api yang bersambung akan berjalan mengelilingi kelas atau kawasan yang ditetapkan oleh guru.