Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Thursday 29 November 2012

MATEMATIK KSSR TAHUN 3 : Nombor Bulat Dalam Lingkungan 50



 Cadangan aktiviti

Standard Kandungan                         : 1.2     Membilang nombor dalam lingkungan 21 - 50
Standard Pembelajaran                     : 1.2.3  Melengkapkan urutan nombor secara tertib menaik
Tunjang yang disepadukan               : Komunikasi,
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif                                              : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat     
                                                            melengkapkan urutan nombor secara tertib menaik dalam lingkungan  
                                                            21 -  30.               
Nilai                                                    : Keberanian, bekerjasama dan toleransi.

 Set Induksi
1.    1. Murid mendengar dan menyanyikan lagu kanak-kanak ‘Mari Mengira’ dengan menggunakan komputer riba.


Uploaded by on Jul 12, 2010
Children's Songs and Nursery Rhymes from Around ... include sound clips and sheet music.

 2.  2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lagu tersebut.
Cadangan soalan :
Apakah nombor selepas nombor 5?
Apakah nombor sebelum nombor 8?

 Langkah 1
1.    1. Murid membilang nombor secara tertib menaik 21 hingga 30 pada carta nombor.
2.    2. Murid menjawab soalan guru berkaitan nombor tertib menaik 21 hingga 30
   Cadangan soalan:
a.    Apakah nombor selepas nombor 21?
b.    Apakah nombor selepas nombor 25?

Langkah 2
1.    1. Murid melengkapkan urutan nombor di papan putih secara bergilir-gilir.
2. Murid menyebut semula tertib nombor menaik yang lengkap

Langkah 3
1.    1. Murid diberi lembaran kerja. 
     2. Murid menulis urutan nombor  pada lembaran kerja.
      
     Penutup (kreativiti dan inovatif)
     1. Setiap murid diberi sekeping kad nombor.

      2. Murid bergerak mencari kedudukan yang betul mengikut urutan nombor menaik (rujuk catatan *)
      3. Aktiviti diteruskan sehingga semua murid bergabung seperti sebuah kereta api mengikut urutan nombor 
          menaik. 
      4. Kereta  api yang bersambung akan berjalan mengelilingi kelas atau kawasan yang ditetapkan oleh guru.








No comments:

Post a Comment