Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Wednesday, 14 November 2012

CATATAN PERTAMA

Ini adalah catatan pertama saya di dalam blog ini. Blog ini dibina bertujuan untuk berkongsi mengenai dunia pendidikan khas serta pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik....

Profesion guru dalam dunia pendidikan menjanjikan peluang bagi memberikan perkhidmatan pendidikan dan menyumbang kepada perkembangan individu. Apabila kita membuat keputusan melibatkan diri dalam dunia pendidikan khas, kita sebenarnya mengambil langkah yang terbaik bagi mempertingkatkan diri ke arah salah satu cabang pendidikan. Menjadi guru pendidikan khas adalah kerjaya yang paling menyeronokkan. Apabila kita berada dalam dunia pendidikan khas, misinya hanya satu iaitu membimbing mereka. Hubungan kita dengan mereka juga menjadi rapat dan dapat berkongsi segala-galanya dengan mereka. Apabila mereka percaya pada kita, tidak ada lagi garis pemisah. Semoga niat niat yang baik dan hati yang ikhlas akan dirahmati dan diberkati....

2 comments:

  1. satu usaha yang baik untuk memberi pendedahan kepada umum akan pembelajaran kanak-kanak khas atau kurang upaya. Semoga lebih banyak info diketengahkan bukan sekadar sistem pembelajaran di sekolah untuk dijadikan panduan dan rujukan terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas komen yang diberikan. Semoga saudara sentiasa mengikuti blog saya ini jika ingin mengetahui info-info terkini mengenai dunia pendidikan khas ini.

      Delete