Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Thursday 29 November 2012

MATEMATIK KSSR TAHUN 3 : Nombor bulat dalam lingkungan 50 (Bahagian 1)


Tajuk : 1. NOMBOR BULAT DALAM LINGKUNGAN 50
Standard Kandungan : 1.1 Mengenal nombor dalam lingkungan 21 - 50
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menyebut nombor
                                     
Contoh dan bahan P&P yang digunakan

Set Induksi
Murid membilang dan menyebut nombor 1 hingga 10 melalui slideshare.... sila klik link di bawah...

http://www.slideshare.net/acue8378/mengenal-nombor#btnNext

slideshare dimuat turun oleh acue8378

Langkah 1
Guru membimbing murid menyebut nombor 21 - 50 melalui slide powerpoint yang telah dimuat turun di laman slideshare...sila klik link di bawah....

http://www.slideshare.net/hasmie_chie/mengenal-nombor-21-50

Langkah 2
Aktiviti permainan di mana murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
Guru akan meletakkan kad nombor di hadapan kelas secara rawak. Apabila guru menyebut nombor yang dikehendaki, wakil murid dari setiap kumpulan akan mencari nombor yang disebut oleh guru dan menayangkan kad tersebut. Aktiviti tersebut dilakukan secara bergilir-gilir bagi wakil setiap kumpulan. Kumpulan mengumpul markah terbanyak dikira sebagai pemenang.

Langkah 3
Aktiviti Penilaian
Setiap murid akan dinilai dengan menyebut carta nombor 21 - 50 yang terdapat di dalam slide powerpoint secara individu. Penilaian tersebut akan direkodkan melalui borang senarai semak.

Penutup
Nyanyian lagu 1,2,3,4 melalui laman you tube....                                                                                 


Akhir sekali, murid diminta menyebut nombor 21 - 50 dengan menggunakan carta nombor



No comments:

Post a Comment