Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Wednesday 14 November 2012

MENGENALI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN



Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
  • Kebolehan Kognitif
  • Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
  • Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
  • Keupayaan Membaca
  • Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
  • Kemahiran Matematik
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Lembam ( akibat kecacatan otak)
  • Autistik
  • Dowm Sindrom
  • Terencat Akal Ringan
  • Terencat Akal Sederhana
  • Hiper Aktif
  • Hipo Aktif
  • Cerebral Palsy
  • Emosi / Tingkah Laku
  • Pertuturan
  • Epilepsi
  • Pelbagai Kecacatan

Ciri-ciri kanak-kanak Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Ciri-ciri Fizikal
  • Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri Intelek
  • Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generalisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
  • Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-Ciri Tingkah Laku
  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
  • Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
  • Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
  • Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

2 comments:

  1. bila baca blog ni, baru saya tahu ciri-ciri kanak-kanak istimewa ini....thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...smoga ini menjadi perkongsian yang bermakna buat anda...

      Delete