Apabila kejayaan itu diukur dengan membandingkan secara kompetitif dengan orang lain, hanya beberapa orang murid yang berjaya. Namun begitu, sekiranya pembangunan individu yang menjadi kayu pengukur, semua murid mampu mengecapi kejayaan tidak kira status komparatif mereka." - Robert J. Marzano, What Works in Schools

Tuesday 27 November 2012

SIFAT-SIFAT GURU PENDIDIKAN KHAS BAHAGIAN I

Sabar
  • Apabila menjadi guru, sifat sabar perlu ada dalam kamus hidup kita. Andai tidak memiliki sifat sabar, adalah sukar bagi kita menjadi guru yang baik kerana kita berhadapan dengan insan kerdil yang dahagakan ilmu pengetahuan. Tambahkan kamus hidup kita dengan perkataan sabar, sabar dan sabar. Kita pasti cemerlang apabila sabar menjadi milik kita. 
Humor dan Periang
  •  Adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai sedikit sikap 'gila-gila'. Jika kita memiliki sifat sedemikian, sudah tentu kita disenangi murid pendidikan khas. Humor yang digemari oleh murid khas. Apabila kita dapat membuatkan mereka ketawa dan sentiasa riang, kita berjaya menghidupkan kelas dan secara tidak langsung memotivasikan mereka supaya hadir ke sekolah. Mereka terhibur dengan telatah kita dan gembira ke sekolah. Bak kata pepatah 'Kita tidak perlu jelita bagi menjadi guru periang' dan 'Senyumlah supaya alam turut tersenyum kepada kita'.
Berminat dan Tidak Putus Asa
  • Apabila dalam jiwa terdapat perkataan 'minat' menjadi guru pendidikan khas, semua masalah menjadi mudah. Tidak ada sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan. Minat adalah perkara utama sekiranya ingin menjadi guru pendidikan khas. Minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan kita menjadi guru yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan karier.
  Empati, Prihatin dan Pemurah
  • Sifat empati bukan sahaja perlu ditanam dalam diri kita, tetapi perlu ditunjukkan melalui sikap. Kita perlu sedar tugas kita adalah berat dan tidak boleh diambil sambil lewa. Tanggungjawab mendidik murid pendidikan khas memerlukan perasaan empati supaya kita mampu melihat murid berjaya.
  • Kita perlu prihatin pada nasib murid kerana mereka memiliki berbbagai-bagai masalah dan memerlukan bimbingan kita.
  • Apabila menjadi guru PKhas, secara tidak langsung kita tidak perlu berjalan jauh bagi bersedekah. Murid yang sentiasa mengelilingi kita sudah pasti gembira apabila menerima pemberian kita.
Kasih Sayang
  • Hati murid khas adalah sensitif. Apabila kita menunjukkan kasih sayang, mereka memberikan kasih sayang kepada kita 10 kali ganda. Apabila mereka menyayangi kita, mereka sentiasa seronok apabila kita mengajar. Sudah tentu mereka menunjukkan minat dan melakukan tugasan yang diberikan bersungguh-sungguh.
Puji
  • Mereka akan rasa bangga apabila dipuji. Pujian adalah ganjaran positif kepada murid dan pelbagai cara boleh digunakan sama ada melalui kata-kata atau pun perbuatan.
Bersikap Profesional
  • Sikap profesional penting bagi menagani masalah murid. Kita perlu sentiasa menjaga karier sebagai guru yang terlibat secara langsung dengan murid khas. kita perlu serius dan tidak bersikap sambil lewa bagi mengelakkan orang lain memandang rendah pada profesion guru pendidikan khas. Jangan mencemarkan profesion dengan memburukkan karier ataupun murid-murid pendidikan khas.
 Berfikiran Positif
  • Berfikiran positif dapat membentuk murid yang cemerlang dalam hidupnya. Kita perlu mempunyai visi pada murid supaya berjaya. Usah memandang rendah keupayaan mereka.
 Menghormati
  • Walaupun murid kita adalah murid pendidikan khas, kita perlu menghormatinya. Mereka juga adalah manusia yang mempunyai perasaan. Kita perlu menghormatinya dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang menghinanya.
 Mengenali Murid dan Rela Berkorban
  • Kita perlu berusaha mengenali murid dan mewujudkan hubungan yang baik supaya tiada masalah bagi mengenalinya dengan lebih mendalam. Kita akan menghadapi masalah apabila pada hari pertama beliau cuba mengelakkan diri dan tidak menunjukkan perasaan yang positif pada kita. Hari pertama di sekolah penting bagi mewujudkan suasana yang baik supaya kita tidak mempunyai masalah mendekatinya bak kata pepatah 'Kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Apabila sudah kenal, anda tidak akan menyesal'.
  • kita perlu sematkan dalam hati yang murid kita tidak akan ketinggalan selama-lamanya. Kita adalah agen yang bertanggungjawab membentuk murid supaya berjaya dalam hidupnya.


No comments:

Post a Comment